Sunday, 17 November 2013

UNDANG-UNDANG DAN SYARAT-SYARAT BOLA TAMPAR



UNDANG-UNDANG DAN SYARAT-SYARAT  KARNIVAL SUKAN PERINGKAT PEMERINTAHAN MEDAN TENTERA DARAT TAHUN 2013

SUKAN BOLA TAMPAR

AM
1.            Undang-undang dan peraturan-peraturan pertandingan bola tampar sempena Karnival Sukan Panglima Medan Tentera Darat (PMTD) adalah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Federation International Voleyball dan Persatuan Bola Tampar Malaysia. Walau bagaimanapun peraturan tempatan bagi pertandingan bola tampar ini akan diguna pakai seiring dengan peraturan induk yang telah ditetapkan oleh Federation International Voleyball.

PELAKSANAAN

2.         Bagi menentukan pelaksanaan pertandingan ini berjalan dengan lancar dan teratur, butiran peraturan tempatan adalah seperti berikut:

a.         Masa dan Tempat. Pertandingan akan dilaksanakan di kawasan 2 Bgd Ipoh, Perak. Tarikh pertandingan ini adalah bermula pada 19 Nov 13 sehingga 23 Nov 2013. Jadual pertandingan akan dimaklumkan berasingan.

b.         Masa Melapor. Setiap pasukan mesti berada di lokasi pertandingan        30 minit sebelum masa perlawanan. Dalam jangkamasa 10 minit sebelum masa perlawanan bermula, Pengurus Pasukan dikehendaki menghantar senarai nama pemain kepada pihak penganjur. Sekiranya pasukan gagal menghadirkan diri pada masa yang ditetapkan, masa tambahan selama 15 minit diberikan. Sekiranya pasukan masih juga gagal menghadirkan diri, pasukan tersebut dikira kalah dan pasukan lawan akan dikira menang dengan kiraan mata 25 - 0, 25 - 0, 25 - 0, 25 - 0 , 15 - 0 (5-0).

c.         Ketegori Tim Yang Dipertandingkan.   Pertandingan ini akan diadakan di dalam dua (2) ketegori iaitu Tim Lelaki dan Tim Wanita. Setiap pasukan dikehendaki menghantar tim bagi setiap ketegori yang dipertandingkan. Setiap ketegori mempunyai markah yang berasingan didalam kiraan markah bagi Juara Keseluruhan.

d.         Pendaftaran Pemain. Setiap pasukan perlu mendaftar 12 x pemain yang terdiri dari 2 x Pegawai, 2 x PTTK dan 8 x Kpl ke bawah. Sekurang-kurangnya    1 x Pegawai dan 1 x PTTK dikehendaki bermain pada sebilang masa.
e.         Pendaftaran Pemain Libero. Pasukan hanya boleh mendaftarkan hanya seorang pemain libero.

f.          Pendaftaran Pemain Yang Sedang Mewakili Kor/TD/ATM.                      Setiap pasukan   hanya  dibenarkan  mendaftar   seorang pemain  sahaja yang sedang mewakili Kor/TD/ATM.

g.         Pertukaran Pemain. Setiap pasukan hanya mempunyai 1 x pegawai,      1 x PTTK dan 4 x LLP sebagai pemain gantian. Had pertukaran pemain adalah berpandukan undang-undang Federation International Voleyball.  Pertukaran pemain akan hanya dibenarkan mengikut pangkat. Sekiranya pemain pegawai yang hendak dikeluarkan mesti digantikan dengan pemain pegawai begitu juga bagi pemain PTTK dan LLP. Sekurang-kurangnya 1 x Pegawai dan 1 x PTTK dikehendaki bermain pada sebilang masa.

h.         Sekiranya  pertukaran pegawai dan PTTK telah dibuat dan berlaku kecederaan kepada pemain gantian pegawai dan PTTK serta masih ada pertukaran yang sah, pemain yang telah dikeluarkan boleh dimasukkan semula untuk bermain. Sekiranya pasukan tiada lagi pertukaran yang sah  dan pemain yang cedera tidak dapat bermain, pasukan tersebut dikira tidak lengkap dan pasukan lawan akan dikira menang bagi set tersebut.

i.          Sekiranya set berikutnya kedua-dua pemain pegawai  atau PTTK tidak boleh bermain, set tersebut tidak lengkap dan pasukan akan dikira kalah dan pasukan lawan akan dikira menang set tersebut.

FORMAT PERTANDINGAN

3.         Secara amnya pertandingan akan dilaksanakan secara liga (best of five) pada setiap ketegori yang diadakan. Kiraan mata semasa pertandingan adalah seperti berikut:            

a.         Menang         -           3 mata.

            b.         Kalah             -           0 mata.

4.         Sekiranya terdapat pasukan yang mempunyai mata yang sama, pemenang akan dikira dengan mengira jumlah set menang. Sekiranya kedua-dua pasukan mempunyai set menang yang sama, pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan mata yang tertinggi di kira pemenang. Tiada perlawanan akhir akan dilaksanakan.

5.         Set  Untuk Menang. Set menang akan dikira apabila mana-mana pasukan mendapat 25 mata dahulu dengan kelebihan 2 mata, sekiranya mata sama 24 - 24 permainan akan diteruskan sehingga mana –mana pasukan mendapat 27 mata dengan kelebihan 2 mata. Bagi set ke 5 mana-pasukan yang mendapat mata 15 dahulu dengan kelebihan dua mata di kira pemenang, sekiranya mata sama 14-14 permainan akan diteruskan sehingga mana-mana pasukan mendapat 17 mata dengan kelebihan dua mata.

6.         Semua pasukan dikehendaki bermain pada ke lima-lima set yang dipertandingkan. Sekiranya pasukan gagal/enggan menamatkan perlawanan, pasukan tersebut dikira kalah dan pasukan lawan akan dikira menang dengan kiraan mata       25 – 0 (set pertama), 25 – 0 (set kedua), 25 – 0(set ketiga), 25 – 0(set keempat) , 15 - 0 (set kelima).

7.         Pengadil. Pihak penganjur akan menggunakan pengadil berkelayakan bagi mengadili pertandingan ini.

8.         Jersi. Setiap pasukan dikehendaki menyediakan 2 x set jersi yang mempunyai nombor di bahagian depan dan belakang. Saiz nombor pada jersi adalah mengikut undang-undang Federation International Voleyball. Saiz nombor di bahagian hadapan tidak kurang dari 15 cm dan bahagian belakang tidak kurang dari 20 cm. Nombor jersi mesti dari nombor 1 hingga 15 sahaja.  Bagi membezakan pemain/bekas pemain kor dan ke atas, pemain tersebut dikehendaki memakai riben yang berlainan warna dengan jersi yang digunakan. Riben tersebut hendaklah dipakai di lengan sebelah kanan.

LAIN-LAIN HAL

9.         Segala hal yang berkaitan dengan peraturan-peraturan teknikal yang tidak diperuntukan dibawah peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan taksiran akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan sebarang keputusan adalah MUKTAMAD.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Design Blog, Make Online Money