UNDANG-UNDANG DAN SYARAT-SYARAT
KARNIVAL SUKAN PERINGKAT PEMERINTAHAN MEDAN TENTERA DARAT TAHUN 2013
SUKAN
BOLA JARING
AM
1. Undang-undang
dan peraturan-peraturan pertandingan bola jaring sempena Karnival Sukan
Panglima Medan Tentera Darat (PMTD) adalah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan
didalam ‘International Federation Of Netball Associations’ dan Persatuan Bola
Jaring Malaysia. Walau bagaimanapun
peraturan tempatan bagi pertandingan bola jaring ini akan diguna pakai seiring
dengan peraturan induk yang telah ditetapkan oleh persatuan ‘International
Federation Of Netball Associations’.
PELAKSANAAN
2. Bagi
menentukan pelaksanaan pertandingan ini berjalan dengan lancar dan teratur, butiran peraturan tempatan
adalah seperti berikut:
a. Masa
dan Tempat. Pertandingan akan dilaksanakan di Padang mini/Trek terbuka
KBS Negeri Perak/Padang Bola Jaring MSS Ipoh. Tarikh pertandingan ini adalah
bermula dari 19 Nov 13 sehingga 23 Nov 2013. Jadual pertandingan akan
dimaklumkan berasingan.
b. Masa
Melapor. Setiap pasukan mesti berada di lokasi pertandingan 30 minit sebelum masa perlawanan. Dalam
jangkamasa 10 minit sebelum masa perlawanan bermula, Pengurus Pasukan
dikehendaki menghantar senarai nama pemain kepada pihak penganjur. Sekiranya pasukan
gagal menghadirkan diri pada masa yang ditetapkan, masa tambahan selama 15
minit diberikan. Sekiranya pasukan masih juga gagal menghadirkan diri, pasukan
tersebut dikira kalah dan pasukan lawan akan dikira menang dengan kiraan mata 5
– 0.
c. Masa Pertandingan. Masa
perlawanan yang akan dilaksanakan adalah secara 4 peringkat iaitu selama 10
minit pertama, 3 minit rehat, 10
minit masa kedua, 5 minit rehat, 10 minit masa ketiga, 3 minit rehat dan 10 minit masa keempat.
d. Pendaftaran
Pemain. Setiap pasukan perlu mendaftar 10 x pemain yang terdiri dari 2
x Pegawai, 2 x PTTK dan 6 x Kpl ke bawah. Sekurang-kurangnya 1 x Pegawai dan 1
x PTTK dikehendaki bermain pada sebilang masa.
e. Pendaftaran
Pemain Yang Sedang Mewakili Kor/TD/ATM. Setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar seorang sahaja pemain yang sedang mewakili
Kor/TD/ATM.
f. Pertukaran
Pemain. Setiap pasukan hanya dibenarkan membuat pertukaran pemain
mengikut pangkat. Sebagai contoh, sekiranya pemain pegawai yang hendak
dikeluarkan, ianya mesti digantikan juga dengan seorang pemain pegawai.
FORMAT
PERTANDINGAN
3. Secara amnya pertandingan
ini akan dilaksanakan secara liga. Tiada pertandingan akhir akan dilaksanakan.
Kiraan mata semasa pertandingan adalah seperti berikut:
a. Menang - 3
mata.
b. Seri - 1
mata.
4. Sekiranya terdapat
persamaan mata di antara pasukan, cara penetuan adalah seperti berikut:
a. Perbezaan jaringan gol
(jaringan tolak bolos).
b.
Pasukan yang
menjaringkan gol terbanyak semasa pertandingan.
c.
Pasukan yang memenangi
perlawanan terbanyak semasa pertandingan.
d.
Pemenang antara
kedua-dua pasukan semasa pertandingan.
5. Pengadil. Pihak penganjur akan
menggunakan pengadil berkelayakan bagi mengadili pertandingan ini.
6. Jersi. Setiap pasukan
dikehendaki menyediakan 2 x set jersi yang mempunyai huruf yang telah
ditetapkan oleh ‘International Federation Of Netball Associations’. Setiap
pasukan juga dikehendaki meletakkan lilitan riben berlainan warna dengan jersi
di lengan kiri jersi bagi setiap pemain Kor/TD/ATM (sekiranya ada). Ukuran
riben tidak kurang dari 2 cm.
LAIN-LAIN HAL
0 comments:
Post a Comment