IPOH 21 Nov- Perlawanan Sepak Takraw Kategori Terbuka sempena Kejohanan Karnival Sukan PMTD pada hari ini menyaksikan Kontinjen 4 Divisyen bangkit selepas kalah pada dua perlawanan awal semalam. Kontinjen 4 Divisyen menang 3-0 keatas Kontinjen Tp Medan namun tewas 1-2 kepada Kontinjen 1 Divisyen pada perlawanan berikutnya. Secara keseluruhannya Keputusan pertandingan Sepak Takraw Kategori Terbuka yang berakhir pada hari ini menyaksikan Kontinjen 3 Divisyen mendahului dengan 9 mata, manakala Kontinjen 1 dan 2 Divisyen berkongsi mata di kedudukan ke-2 dan ke-3, Kontinjen 4 Divisyen berada di kedudukan ke-4 dengan 3 mata, dan di kedudukan terakhir milik kontinjen Tp Medan dengan 0 mata.
0 comments:
Post a Comment