Thursday, 21 November 2013

KONTINJEN 3 DIVISYEN JOHAN BOLA JARING


IPOH - Pertandingan Bola Jaring yang berakhir pada petang tadi menyaksikan Kontinjen dari 3 Div jauh meninggalkan Kontinjen-Kontinjen lain dengan 12 mata sekaligus meduduki tangga teratas liga. Keputusan keseluruhan Pertandingan Bola Jaring sempena Kejohanan Karnival Sukan PMTD Tahun 2013 menunjukkan Kontinjen 3 Div berada di tempat Pertama, Kontinjen 4 Div di tempat ke-2 dengan 9 mata, manakala kedudukan di tempat ke-3 dan ke-4 milik Kontinjen Tp Medan dan 1 Div dengan 6 dan 3 mata, dan Kontinjen 2 Div berada di kedudukan terakhir dengan 0 mata. Majlis Penutup Pertandingan Bola Jaring pada petang tadi telah disempurnakan oleh Brig Jen Mohd Nazir bin Mami, Panglima 3 Bgd.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Design Blog, Make Online Money