Sunday, 17 November 2013

UNDANG-UNDANG DAN SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW



UNDANG-UNDANG DAN SYARAT-SYARAT  KARNIVAL SUKAN PERINGKAT PEMERINTAHAN MEDAN TENTERA DARAT TAHUN 2013

SUKAN SEPAK TAKRAW

AM
1.         Undang-undang dan peraturan-peraturan pertandingan sepak takraw sempena Karnival Sukan Panglima Medan Tentera Darat (PMTD) adalah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Persatuan Sepak Takraw Antarabangsa dan Persatuan Sepak Takraw Malaysia. Walau bagaimanapun peraturan tempatan bagi pertandingan sepak takraw ini akan diguna pakai seiring dengan peraturan induk yang telah ditetapkan oleh Persatuan Sepak Takraw Antarabangsa.
PELAKSANAAN
2.         Bagi menentukan pelaksanaan pertandingan ini berjalan dengan lancar dan teratur, butiran peraturan tempatan adalah seperti berikut:
a.         Masa dan Tempat. Pertandingan akan dilaksanakan di kawasan 2 Bgd Ipoh, Perak. Tarikh pertandingan ini adalah bermula pada 19 Nov 13 sehingga 23 Nov 2013. Jadual pertandingan akan dimaklumkan berasingan.
b.         Masa Melapor. Setiap pasukan mesti berada di lokasi pertandingan       30 minit sebelum masa perlawanan. Dalam jangkamasa 10 minit sebelum masa perlawanan bermula, Pengurus Pasukan dikehendaki menghantar senarai nama pemain kepada pihak penganjur. Sekiranya pasukan gagal menghadirkan diri pada masa yang ditetapkan, masa tambahan selama 15 minit diberikan. Sekiranya pasukan masih juga gagal menghadirkan diri, pasukan tersebut dikira kalah dan pasukan lawan akan dikira menang dengan kiraan mata 3 - 0.
c.         Ketegori Tim Yang Dipertandingkan. Pertandingan ini akan diadakan didalam dua (2) ketegori iaitu regu terbuka dan regu di bawah 23 tahun. Setiap pasukan dikehendaki menghantar 3 x regu bagi setiap ketegori yang dipertandingkan. Setiap ketegori mempunyai markah yang berasingan didalam kiraan markah bagi Juara Keseluruhan.
d.         Pendaftaran Pemain. Setiap pasukan perlu mendaftar 3 x regu atau       12 x pemain (termasuk pemain simpanan) bagi kedua-dua ketegori yang dipertandingkan. Senarai pemain adalah terbuka iaitu tidak mengikut pangkat.
e.         Pendaftaran Pemain Yang Sedang Mewakili Kor/TD/ATM.                    Setiap pasukan   hanya  dibenarkan  mendaftar   seorang pemain  sahaja yang sedang mewakili Kor/TD/ATM bagi setiap ketegori yang dipertandingkan.
f.          Pertukaran Pemain. Setiap regu hanya dibenarkan untuk membuat         2 x pertukaran pemain sahaja dalam setiap set. Pertukaran tersebut mestilah dibuat melalui Borang Gantian Pemain dan hendaklah dimaklumkan kepada Pengadil Rasmi serta mendapat kelulusan daripada Pengadil.
FORMAT PERTANDINGAN
3.         Secara amnya pertandingan akan dilaksanakan secara liga pada setiap ketegori yang diadakan. Tiada perlawanan akhir akan dilaksanakan. Kiraan mata semasa pertandingan adalah seperti berikut:            

a.         Menang         -           3 mata.
b.                  Kalah             -           0 mata.

4.         Setiap perlawanan akan melibatkan 3 x regu dan setiap regu akan bermain dalam 3 pusingan (set). Regu yang memenangi dua (2) set berturut -turut akan dikira sebagai pemenang dan set ke tiga (3) perlu diteruskan bagi pengiraan mata di dalam kumpulan.  Sekiranya regu yang kalah dan tidak mahu meneruskan perlawanan, keputusan adalah (3-0).
5.         Kiraan mata bagi pertandingan ini adalah sehingga 15 (kiraan ping pong). Setiap regu yang melakukan sepak mula (servis) akan melakukan tiga kali sepakan       berturut-turut dan disambung oleh pihak lawan dengan tiga sepakan berturut-turut. Pada mata penentuan (apabila kedua-dua regu terikat pada mata 14-14) servis akan bertukar pada setiap mata.
6.         Sekiranya terdapat persamaan mata di antara pasukan, cara penetuan adalah seperti berikut:

            a.         Kiraan jumlah regu yang menang dan yang kalah.
b.         Kiraan perbezaan pusingan (set) yang menang dan kalah.
7.         Pengadil. Keperluan pengadil akan diselaraskan oleh Pihak Penganjur. Di mana satu perlawanan dikendalikan oleh seorang Pengadil (berada di salah satu hujung jaring), seorang Pembantu Pengadil (berada bertentangan dengan Pengadil), seorang Pengadil Rasmi (berada di belakang Pengadil), seorang Pengadil Garisan dipenjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan pengadil dan seorang lagi Pengadil Garisan di penjuru belakang garisan sebelah kiri Pengadil.
8.         Jersi.  Setiap pasukan dikehendaki membawa 2 x set jersi masing-masing untuk dipakai semasa pertandingan. Semua ketua regu diwajibkan membawa dan memakai arm band di lengan sebelah kiri. Bagi membezakan pemain/bekas pemain kor dan       ke atas, pemain tersebut dikehendaki memakai riben yang berlainan warna dengan jersi yang digunakan. Riben tersebut hendaklah dipakai di lengan sebelah kanan.
9.         Bola Pertandingan. Setiap formasi dikehendaki membawa 3 x biji bola takraw untuk digunakan semasa pertandingan. Bola tersebut hendaklah diiktiraf oleh ISTAF.
LAIN-LAIN HAL

10.       Segala hal yang berkaitan dengan peraturan-peraturan teknikal yang tidak diperuntukan dibawah peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan taksiran akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola dan sebarang keputusan adalah MUKTAMAD.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Design Blog, Make Online Money