UNDANG-UNDANG DAN SYARAT-SYARAT
KARNIVAL SUKAN PERINGKAT PEMERINTAHAN MEDAN TENTERA DARAT TAHUN 2013
SUKAN FUTSAL
AM
1.
Undang-undang
dan peraturan-peraturan pertandingan futsal sempena Karnival Sukan Panglima
Medan Tentera Darat (PMTD) adalah mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan
oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia. Walau bagaimanapun peraturan tempatan bagi
pertandingan futsal ini akan diguna pakai seiring dengan peraturan induk yang
telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia.
PELAKSANAAN
2. Bagi
menentukan pelaksanaan pertandingan ini berjalan dengan lancar dan teratur,
butiran peraturan tempatan adalah seperti berikut:
a. Masa
dan Tempat. Pertandingan akan dilaksanakan di kawasan 2 Bgd Ipoh,
Perak. Tarikh pertandingan ini adalah bermula pada 19 Nov 13 sehingga 23 Nov
2013. Jadual pertandingan akan dimaklumkan berasingan.
b. Masa
Melapor. Setiap pasukan mesti berada di lokasi pertandingan 30 minit sebelum masa perlawanan. Dalam
jangkamasa 10 minit sebelum masa perlawanan bermula, Pengurus Pasukan
dikehendaki menghantar senarai nama pemain kepada pihak penganjur. Sekiranya
pasukan gagal menghadirkan diri pada masa yang ditetapkan, masa tambahan selama
15 minit diberikan. Sekiranya pasukan masih juga gagal menghadirkan diri,
pasukan tersebut dikira kalah dan pasukan lawan akan dikira menang dengan
kiraan mata 3 – 0.
c. Ketegori
Tim Yang Dipertandingkan. Pertandingan ini akan diadakan didalam dua
(2) ketegori iaitu Tim Panglima dan Tim Lelaki. Setiap pasukan dikehendaki
menghantar tim bagi setiap ketegori yang dipertandingkan. Setiap ketegori
mempunyai markah yang berasingan didalam kiraan markah bagi Juara Keseluruhan.
d. Masa Pertandingan. Masa perlawanan bagi Kategori Panglima
adalah 7 minit pertama, 3 minit rehat dan 7 minit
kedua. Manakala, bagi Kategori Lelaki pula adalah 10 minit pertama, 5 minit
rehat dan 10 minit kedua.
e. Pendaftaran Pemain. Setiap pasukan perlu mendaftar pemain
dengan komposisi adalah seperti berikut:
(1) Kategori Panglima. Pendaftaran
adalah seramai 10 pemain seperti berikut:
(a) 2 x
Panglima (termasuk simpanan).
(b) 8 x Kol/Lt
Kol (termasuk simpanan).
(2) Kategori Lelaki. Pendaftaran pemain adalah seramai 8 pemain
seperti berikut:
(a) 2 x Pegawai (termasuk
simpanan).
(b) 6 x LLP (termasuk simpanan).
f. Pendaftaran Pemain Yang Sedang Mewakili Kor/TD/ATM. Bagi
ketegori lelaki, setiap pasukan
hanya dibenarkan mendaftar
seorang pemain sahaja yang sedang
mewakili Kor/TD/ATM.
g. Pertukaran
Pemain. Had pertukaran pemain adalah berpandukan Undang-undang futsal
dari Persatuan Bola Sepak Malaysia.
Pertukaran pemain akan hanya dibenarkan mengikut pangkat. Sekiranya
pemain pegawai yang hendak dikeluarkan mesti digantikan dengan pemain pegawai
begitu juga bagi pemain LLP. Bagi Ketegori Panglima, seorang panglima
dibenarkan bermain bagi separuh masa sahaja samada separuh masa pertama atau
separuh masa kedua.
FORMAT
PERTANDINGAN
3. Secara amnya pertandingan
ini akan dilaksanakan secara liga. Tiada perlawanan akhir akan diadakan. Kiraan
mata semasa pertandingan adalah seperti berikut:
a. Menang - 3
mata.
b. Seri - 1 mata.
4. Sekiranya
terdapat persamaan mata diantara pasukan, cara penentuan pemenang adalah seperti berikut:
a. Perbezaan
jaringan gol (jaringan tolak bolos).
b.
Pasukan yang
menjaringkan gol terbanyak semasa pertandingan.
c.
Pasukan yang memenangi
perlawanan terbanyak semasa pertandingan.
d.
Pemenang antara
kedua-dua pasukan semasa pertandingan.
e.
Tendangan penalti
sebanyak 3 kali kepada setiap pasukan.
f.
Tendangan penalti sudden death sehingga mendapat
keputusan.
5. Pengadil. Pihak penganjur akan
menggunakan pengadil berkelayakan bagi mengadili pertandingan ini.
6. Tindakan Tatatertib. Tindakan
tatatertib terhadap pemain yang melakukan kesalahan adalah seperti berikut:
a. Mana-mana
pemain yang menerima 3 kad kuning dalam masa perlawanan yang sama, secara
automatik menerima kad merah (perintah keluar padang) dan digantung satu
perlawanan berikutnya.
b.
Mana-mana pemain yang
menerima terus kad merah (direct red card)
akan digantung dua perlawanan berikutnya.
c.
Mana-mana pemain yang menerima
kad kuning dalam sesuatu perlawanan tidak di bawa ke perlawanan berikutnya.
7. Jersi. Semua pasukan wajib
mendaftar sekurang-kurangnya dua set jersi yang berlainan warna dan
mengisytiharkan warna jersi yang wajib dipakai semasa menjadi pasukan Tuan
Rumah yang mana nama pasukan yang disebut dahulu didalam jadual pertandingan.
Pasukan Pelawat hendaklah memakai warna jersi berlainan daripada warna jersi
Pasukan Tuan Rumah.
8. Setiap
pemain diwajibkan memakai jersi yang bernombor tetap sepanjang kejohanan,
seluar yang sesuai, stoking panjang dan wajib memakai shin guard.
9. Hanya
kasut futsal dan bersesuaian sahaja dibenarkan. Penggunaan boot sama sekali tidak dibenarkan.
LAIN-LAIN HAL
0 comments:
Post a Comment