UNDANG-UNDANG DAN SYARAT-SYARAT
KARNIVAL SUKAN PERINGKAT PEMERINTAHAN MEDAN TENTERA DARAT TAHUN 2013
SUKAN ROAD RELAY
AM
1. Undang-undang dan
peraturan-peraturan pertandingan Road
Relay sempena Karnival Sukan Panglima Medan Tentera Darat (PMTD) adalah
mengikut peraturan tempatan yang dibuat khas bagi menjayakan karnival sukan
ini.
PELAKSANAAN
2. Bagi menentukan pelaksanaan
pertandingan ini berjalan dengan lancar dan teratur, butiran peraturan tempatan
adalah seperti berikut:
a. Masa dan Tempat. Pertandingan
akan dilaksanakan di Kem Syed Putra, Ipoh, Perak. Tarikh pertandingan ini
adalah diantara 19 Nov 13 sehingga 23 Nov 2013. Tarikh sebenar akan dimaklumkan
kemudian.
b. Masa Melapor. Setiap pasukan
mesti berada di lokasi pertandingan 15 minit sebelum masa pertandingan bermula.
Sekiranya pasukan gagal menghadirkan diri pada masa yang ditetapkan, penyertaan
pasukan tersebut akan dibatalkan.
c. Pendaftaran Pemain. Setiap
pasukan dikehendaki menyediakan seramai
13 peserta dengan pecahan adalah seperti
berikut:
(1) 2 x Peg berpangkat Lt M/ Lt/ Kapt
(termasuk satu simpanan).
(2) 3 x PTT Kanan berpangkat SSjn/Sjn
(termasuk satu simpanan).
(3) 8 x Kpl kebawah (termasuk satu simpanan).
d. Pertukaran Pelari. Gantian
pelari dengan menggunakan pelari simpanan yang telah didaftarkan hanya akan
dibenarkan dengan syarat-syarat seperti berikut:
(1) Penggantian pelari hanya dibenarkan 10 minit
sebelum pertandingan bermula dengan di sertakan borang senarai nama pelari
mengikut kedudukan dan urutan nama pelari.
(2) Setelah pertandingan bermula, penggantian pelari dibenarkan
apabila seseorang pelari tercedera/tidak dapat meneruskan larian. Pelari
gantian perlu memulakan larian pada garisan permulaan dan dikehendaki mengambil
baton di tempat pelari asal tersebut berhenti dan meneruskan larian. Pelari
gantian adalah mengikut pangkat dari pelari asal.
e. Agihan No Badan. Agihan nombor badan bagi setiap
pasukan adalah seperti berikut:
(1) Tp
Medan - A 01 hingga A 13 (Merah).
(2) 1
Div - B 01 hingga B 13 (Kuning).
(3) 2
Div - C 01 hingga C 13 (Biru).
(4) 3
Div - D 01 hingga D 13 (Hijau).
(5) 4
Div - E 01 hingga E 13 (Putih).
f. Tatacara Pemakaian. Setiap pasukan dikehendaki menggunakan
pakaian sukan yang seragam/bersesuaian semasa berlari. Setiap formasi
dikehendaki menyediakan nombor badan dengan ukuran seperti berikut:
3. Secara
amnya pertandingan Road Relay ini
akan dilaksanakan secara serentak bagi semua pasukan. Manakala bagi format
pertandingan adalah larian berganti-ganti sejauh 2.4 km. Setiap peserta akan
berlari sejauh 2.4 km mengikut laluan yang telah ditetapkan dan menyerahkan
baton kepada pelari seterusnya sehinggalah pelari terakhir bagi setiap pasukan.
Pertandingan ini dikira tamat/selesai apabila pelari kesepuluh setiap pasukan
berjaya melintasi garisan tamat dengan membawa baton pertandingan. Pasukan yang
mempunyai catatan masa terpantas akan diisytiharkan sebagai pemenang
pertandingan. Begitu juga seterusnya bagi
kedudukan tempat kedua, ketiga, keempat dan kelima. Penerimaan baton hendaklah
dilakukan di dalam zon penerimaan baton yang telah disediakan. Formasi yang
melanggar peraturan ini akan dibatalkan penyertaan.
4. Giliran larian pelari bagi setiap
pasukan hendaklah mengikut senarai pelari yang telah didaftarkan.
5. Masa Pertandingan. Pertandingan ini akan dijalankan secara
kalah mati. Pertandingan ini dikira tamat/selesai apabila pelari kesepuluh
setiap tim berjaya melintasi garisan tamat dengan membawa baton pertandingan.
6. Borang Pendaftaran. Semua pasukan dikehendaki menggunakan
format Borang Pendaftaran yang telah dikeluarkan oleh pihak penganjur.
LAIN-LAIN HAL
0 comments:
Post a Comment